Adakahan anda mengalami kegatalan kulit pada tangan anda ?
Mangalami kulit yang gatal selepas menggunakkan produk kosmetik?
Ini mungkin disebabkan oleh sentuhan langsung dengan bahan-bahan tertentu dan tindak balas alahan terhadapnya. ( Dermatitis kontak)
Banyak bahan boleh menyebabkan tindak balas ini, seperti pengawet kosmetik, pewangi, ubat-ubatan dan tumbuh-tumbuhan.
Untuk merawat dermatitis kontak, anda perlu mengenal pasti puncanya.
Ujian tampalan ( Patch test ) boleh membantu anda untuk mengenalpasti punca alahan dengan menentukan sama ada anda alah kepada bahan tertentu.
Bagaimanakah Ujian tampalan dijalankan ?
Sebilangan kecil bahan-bahan kimia yang berbeza ditampalkan pada kulit anda.
Semasa ujian tampalan, kulit anda mungkin terdedah kepada 20 hingga 30 ekstrak bahan yang boleh menyebabkan dermatitis kontak.
Ini boleh termasuk lateks, ubat-ubatan, pewangi, pengawet, pewarna rambut, logam dan resin.
Selepas 2 hingga 3 hari, pakar kulit anda menyemak tindak balas kulit di bawah tampalan.
Anda boleh mengelakkan bahan-bahan tertentu jika anda mempunyai alahan.
Hubungi Pakar Kulit anda jika anda mengalami gelaja Dermatitis Kontak.
Dr Loh Ken Chen
Consultant Dermatologist