January 17, 2026
Rawatan Biologic untuk Psoriasis di Alor Setar, Kedah: Senarai Suntikan Moden & Jadual Dos
Pengenalan
Psoriasis ialah penyakit kulit kronik berkaitan sistem imun. Jika krim sapuan tidak lagi mencukupi—atau psoriasis mengganggu kerja, tidur, keyakinan diri, atau melibatkan kawasan sensitif—rawatan moden seperti biologic (suntikan) boleh membantu kawalan yang lebih stabil.
Di Loh & Celine Skin Specialist Clinic (Alor Setar, Kedah), kami sering menilai pesakit dari Alor Setar, Jitra, Perlis , Kuala Nerang dan Sungai Petani untuk menentukan sama ada biologic sesuai berdasarkan tahap psoriasis, sejarah kesihatan dan faktor keselamatan.


Apa itu biologic untuk psoriasis ? Apa kelebihan biologic ?
Biologic ialah ubat suntikan yang menyasarkan “punca keradangan” psoriasis dengan lebih tepat (targeted therapy), berbanding ubat yang menekan imun secara menyeluruh. Garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia turut membincangkan penggunaan biologic dalam rawatan psoriasis. Biologic untuk psoriasis mempunyai banyak kelebihan kerana ia mensasarkan punca radang dengan lebih tepat (targeted), bukan menekan seluruh sistem imun secara menyeluruh.
Ramai pesakit melihat kulit cepat bertambah baik—tompok merah dan sisik semakin menipis, gatal berkurang, dan ada yang boleh jadi hampir “clear”. Kesan ini biasanya lebih stabil untuk jangka panjang, dan untuk sesetengah jenis biologic, ia juga membantu psoriatic arthritis (sakit/bengkak sendi). Selain itu, jadual rawatan selalunya lebih mudah kerana diberikan secara suntikan dengan sela masa yang jarang (contoh setiap beberapa minggu), jadi lebih senang untuk pesakit yang sibuk. Paling penting, apabila psoriasis terkawal, kualiti hidup meningkat—tidur lebih lena, keyakinan diri naik, dan kurang gangguan pada kerja serta aktiviti harian.
Senarai biologic psoriasis yang digunakan/tersedia di Malaysia + jadual suntikan
Nota: Jadual di bawah ialah regimen dewasa plaque psoriasis yang lazim dirujuk daripada maklumat produk/label. Doktor akan sesuaikan ikut indikasi, berat badan, komorbiditi dan tindak balas rawatan.
1) Humira : Adalimumab (Anti-TNF)
“Padamkan api keradangan umum yang kuat dalam psoriasis.”
Jadual suntikan: 80 mg (Week 0) → kemudian 40 mg setiap 2 minggu, bermula 1 minggu selepas dos pertama. Klik sini untuk lebih info.
2) Cosentxy: Secukinumab (Anti-IL-17A)
“Sasar laluan IL-17 yang sangat aktif dalam psoriasis plak.”
Jadual suntikan: Loading 5 kali (Week 0,1,2,3,4) → kemudian setiap 4 minggu (sebulan sekali). Klik sini untuk lebih info.
3) Taltz: Ixekizumab (Anti-IL-17A)
:“IL-17 blocker yang sering digunakan untuk kawalan plak yang degil.”
Jadual suntikan: 160 mg (Week 0) → 80 mg pada Week 2,4,6,8,10,12 → kemudian setiap 4 minggu. Klik sini untuk lebih info.
4) Skyrizi: Risankizumab (Anti-IL-23)
“Sasar IL-23 (lebih ‘upstream’), biasanya jarak suntikan lebih panjang.”
Jadual suntikan: Week 0 & Week 4 → kemudian setiap 12 minggu (±3 bulan sekali). Klik sini untuk lebih info.
5) Ilumya : Tildrakizumab (Anti-IL-23)
“IL-23 blocker dengan dos yang jarang—sesuai untuk yang suka jadual lebih renggang.”
Jadual suntikan: Week 0 & Week 4 → kemudian setiap 12 minggu (±3 bulan sekali). Klik sini untuk lebih info.
“Quick pick” paling senang ingat
2 minggu sekali: Adalimumab
Sebulan sekali (lepas loading): Secukinumab, Ixekizumab
3 bulan sekali (lepas 2 dos awal): Risankizumab, Tildrakizumab
Apa yang biasanya dibuat sebelum mula biologic ?
Sebelum memulakan biologic, doktor biasanya akan buat penilaian keselamatan (contoh: risiko jangkitan tertentu seperti Hepatiti B , C dan Tuberculosis ) dan menetapkan pelan pemantauan susulan mengikut keperluan individu.
Bila patut pertimbang biologic?
Biologic biasanya dipertimbangkan jika:
psoriasis sederhana–teruk atau meluas,
kerap flare walaupun sudah guna rawatan biasa,
melibatkan kawasan yang memberi impak besar (contoh scalp/hand/face),
kualiti hidup terjejas (gatal, sakit, tidur terganggu, stres meningkat).
Adakah biologic boleh merawat psoriasis sepenuhnya ?
Secara ringkas: biologic boleh kawal psoriasis dengan sangat baik, tetapi biasanya tidak “sembuh sepenuhnya” (cure) secara kekal. Psoriasis ialah penyakit kronik sistem imun. Biologic bertindak seperti “mematikan suis radang” yang menyebabkan psoriasis, jadi ramai pesakit boleh clear atau hampir clear semasa rawatan. Tetapi bila biologic dihentikan, bagi kebanyakan orang psoriasis boleh datang semula selepas beberapa minggu hingga beberapa bulan (bergantung individu dan jenis biologic).
Yang realistik untuk target rawatan:
Remisi / terkawal lama (flare sangat kurang atau tiada)
Kulit bersih atau hampir bersih
Kualiti hidup jauh lebih baik
Jika ada sakit sendi (psoriatic arthritis), simptom sendi juga boleh bertambah baik (ikut jenis ubat)
Ada sebilangan kecil orang mungkin kekal baik lama walaupun stop, tapi itu bukan jaminan dan tidak boleh dijangka awal.
Jika anda berada di Alor Setar, Kedah dan ingin tahu sama ada biologic sesuai untuk psoriasis anda, dapatkan penilaian pakar dermatologi di Loh & Celine Skin Specialist Clinic.
Article ini ditulis oleh:
Dr Loh Ken Chen
Consultant Dermatologist
Soalan Lazim (FAQs)
Tidak semestinya. Ia biasanya untuk kes sederhana–teruk atau yang tidak terkawal dengan rawatan biasa. Penilaian doktor penting.
Bergantung jenis biologic: ada 2 minggu sekali, ada sebulan sekali, dan ada 3 bulan sekali selepas dos permulaan
Jangan stop sendiri. Berbincang dengan doktor untuk pelan “step-down”, tukar regimen, atau susulan yang sesuai.
Secara umum ia digunakan secara meluas dengan protokol pemantauan, tetapi tetap ada risiko (terutamanya berkaitan jangkitan) dan perlu saringan/pemantauan yang sesuai
Kerana ia ubat biologi berteknologi tinggi, proses pembuatan kompleks, dan keselamatan/ujian klinikal yang ketat.