Bahaya Krim Jeragat Merkuri & Hydroquinone Dos Tinggi di Kedah

Loh & Celine Skin Specialist Clinic | Kedah & Penang

Krim jeragat dan krim pencerah yang mengandungi merkuri dan hydroquinone dos tinggi kini mudah didapati secara dalam talian dan di salun kecantikan tanpa lesen. Walaupun ia menjanjikan kulit cerah dengan pantas, bahan-bahan ini boleh merosakkan kulit secara kekal dan membahayakan kesihatan. Panduan ini menerangkan bahaya sebenar krim pencerah berbahaya, tanda amaran yang perlu diberi perhatian, serta pilihan rawatan jeragat yang selamat di bawah pengawasan pakar kulit di Kedah dan Pulau Pinang.

1. Krim Pencerah Kulit

Di Malaysia, semakin ramai individu menggunakan krim pencerah kulit untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah dan sekata. Namun, tidak semua produk di pasaran adalah selamat. Penggunaan krim yang mengandungi bahan terlarang seperti merkuri dan hydroquinone dos tinggi boleh memberi kesan buruk kepada kulit dan kesihatan. Artikel ini memberi penerangan terperinci mengenai bahaya bahan ini dan mengapa anda perlu berjumpa dengan pakar kulit berbanding mendapatkan rawatan dari beauty saloon yang tidak bertauliah.

2. Apa Itu Jeragat?

Jeragat, atau nama perubatannya melasma, adalah satu keadaan kulit yang menyebabkan tompokan gelap pada wajah, terutamanya di bahagian pipi, dahi, hidung dan atas bibir. Ia sering berlaku akibat pendedahan kepada cahaya matahari, perubahan hormon (seperti kehamilan atau pengambilan pil perancang), dan juga faktor genetik. Ramai wanita dan lelaki mencari jalan mudah untuk menghilangkan jeragat, termasuk menggunakan krim pemutih yang tidak diketahui kandungannya.

Simptom dan Tanda Jeragat

Menurut American Academy of Dermatology, jeragat (melasma) biasanya boleh dikenali melalui ciri-ciri berikut:

  • Tompokan berwarna coklat muda hingga coklat gelap, selalunya simetri di kedua-dua belah wajah.
  • Kawasan yang kerap terjejas termasuk pipi, dahi, batang hidung, bibir atas dan dagu.
  • Warna menjadi lebih gelap apabila terdedah kepada cahaya matahari.
  • Tiada rasa gatal atau sakit — jeragat lebih kepada masalah pigmentasi berbanding keradangan.
  • Lebih kerap berlaku pada wanita, terutama semasa kehamilan atau penggunaan pil perancang hormon.

3. Krim Merkuri: Kesan Pantas Tapi Bahaya

Merkuri ialah logam berat yang sangat toksik. Ia pernah digunakan dalam produk kosmetik untuk mempercepatkan kesan pencerahan kulit kerana ia menghalang pembentukan melanin. Namun, kesan sampingannya sangat berbahaya. Ia boleh diserap melalui kulit dan masuk ke dalam sistem peredaran darah, lalu merosakkan buah pinggang, sistem saraf, dan otak. Kajian menunjukkan penggunaan berpanjangan produk yang mengandungi merkuri boleh menyebabkan keguguran rambut, ruam kulit, kebas, kemurungan dan masalah neurologi yang lain.

Produk krim pencerah mengandungi merkuri yang dijual tanpa lesen di Malaysia

Krim pencerah tanpa lesen yang mengandungi merkuri masih dijual secara dalam talian.

Di Malaysia, NPRA telah mengharamkan penggunaan merkuri dalam produk kosmetik. Namun begitu, produk yang dijual secara online atau di salun kecantikan tanpa lesen masih ditemui dengan kandungan merkuri yang tinggi, terutamanya dari negara jiran.

Merkuri memberikan kesan “pantas” kerana ia menyekat enzim tyrosinase yang mengawal penghasilan melanin (pigmen kulit). Apabila penghasilan melanin disekat secara paksa, kulit kelihatan lebih cerah dalam masa singkat. Namun, merkuri turut meresap ke dalam badan melalui kulit dan boleh terkumpul dalam buah pinggang serta sistem saraf. Pihak berkuasa kesihatan seperti FDA Amerika Syarikat telah berulang kali memberi amaran mengenai keracunan merkuri akibat produk pencerah kulit.

4. Hydroquinone Dos Tinggi: Rawatan atau Racun?

Hydroquinone ialah bahan aktif yang digunakan untuk merawat hiperpigmentasi termasuk jeragat. Di bawah pengawasan doktor, ia selamat digunakan dalam kepekatan maksimum 4%. Namun, ramai yang membeli krim yang mengandungi hydroquinone tanpa preskripsi dari beauty saloon atau platform dalam talian. Masalah utama ialah kandungan hydroquinone dalam produk ini sering melebihi tahap selamat, sehingga 6%–10%, yang boleh merosakkan struktur kulit, menyebabkan keradangan, pengelupasan teruk, dan juga ochronosis — keadaan di mana kulit menjadi gelap kebiruan secara kekal.

Ochronosis akibat hydroquinone dos tinggi pada wajah pesakit jeragatCórdova ME et al., Actas Dermosifiliogr. 2017;108:381–383

Simptom ochronosis biasanya muncul selepas penggunaan berpanjangan, dan sukar dirawat. Malah, keadaan ini boleh menyebabkan kesan psikologi yang serius kerana perubahan warna kulit yang ketara dan tidak boleh dipulihkan sepenuhnya.

Perbezaan utama antara rawatan dan racun terletak pada kepekatan dan pemantauan. Hydroquinone 2%–4% yang dipreskripsi oleh doktor dan digunakan untuk tempoh terhad adalah selamat dan berkesan. Sebaliknya, produk pasaran gelap yang mengandungi 6%–10% tanpa panduan doktor meningkatkan risiko ochronosis dan kerosakan kulit yang sukar dipulihkan.

5. Kelemahan Rawatan di Beauty Saloon

Beauty saloon mungkin menawarkan rawatan segera untuk mencerahkan kulit, tetapi kebanyakan tidak dikendalikan oleh individu yang mempunyai latihan perubatan. Produk mereka juga sering tidak didaftarkan dengan NPRA, tiada ujian klinikal, dan tiada pemantauan kesan sampingan. Ini boleh menyebabkan pengguna terdedah kepada bahan toksik dan kerosakan kulit jangka panjang.

Tambahan pula, ramai yang tidak tahu bahawa beauty saloon tidak dibenarkan secara undang-undang untuk memberi rawatan menggunakan bahan farmaseutikal seperti hydroquinone atau steroid tanpa lesen perubatan. Jadi, anda mungkin sedang menggunakan ubat terkawal tanpa sebarang kawalan dos atau keselamatan.

Cara Mengenal Pasti Krim Pencerah Berbahaya

Sebelum membeli sebarang krim pencerah, kenal pasti tanda-tanda produk berisiko tinggi:

  • Menjanjikan hasil “cerah dalam beberapa hari” atau “putih melampau”.
  • Tiada nombor notifikasi kosmetik NPRA yang sah.
  • Dijual tanpa label bahan yang jelas, atau label hanya dalam bahasa asing.
  • Dibeli daripada penjual dalam talian yang tidak dikenali atau salun tanpa pengawasan doktor.
  • Berbau logam, melekit, atau menyebabkan kulit terbakar dan kemerahan sejurus disapu.

Sentiasa semak status notifikasi produk melalui pangkalan data rasmi NPRA sebelum membeli, dan dapatkan nasihat pakar kulit bertauliah jika ragu-ragu.

6. Kenapa Anda Perlu Jumpa Pakar Kulit

Hanya pakar dermatologi yang mempunyai latihan profesional untuk mengenal pasti jenis jeragat dan mencadangkan rawatan yang sesuai. Mereka akan mengambil kira jenis kulit anda, sejarah perubatan, punca jeragat, dan membuat diagnosis menggunakan peralatan khusus seperti Wood’s lamp atau analisis kulit digital. Ini memastikan rawatan anda lebih tepat dan berkesan.

Di Loh & Celine Skin Specialist, kami menyediakan rawatan menyeluruh untuk jeragat, termasuk kombinasi rawatan topikal, oral dan prosedur seperti laser dan chemical peel. Kami juga memastikan setiap pesakit diberi pelan rawatan yang dipantau secara berkala untuk mengelakkan kesan sampingan.

Konsultasi bersama pakar kulit untuk diagnosis dan rawatan jeragat di Kedah

Diagnosis tepat oleh pakar kulit memastikan rawatan jeragat yang selamat dan berkesan.

7. Rawatan Jeragat Selamat dan Berkesan

Rawatan jeragat yang berkesan bergantung pada jenis dan keterukan pigmentasi, dan sebaik-baiknya dijalankan di klinik dermatologi yang lengkap seperti The Skin Institute. Antara pilihan rawatan yang selamat termasuk krim preskripsi, Pico Laser dan Sylfirm X RF microneedling:

Jenis RawatanKelebihanKekuranganDisyorkan Untuk
Krim Preskripsi (HQ 4%, Tretinoin, Sunscreen)Rawatan asas dan terbuktiPerlu pemantauanJeragat ringan hingga sederhana
Chemical Peel (AHA, Retinol)Pembuangan sel mati, cerahkan kulitIritasi sementaraEpidermal melasma
Pico LaserKesan pantas, kurang downtimeKos tinggiMelasma dalam & degil
Tranexamic Acid (oral/topikal)Kurangkan melanin & inflamasiPerlu pemantauan dosMelasma hormon atau berulang
RF Microneedling (Sylfirm X )Perbaiki tekstur kulit dan kurangkan pigmentasiPerlu beberapa sesiMelasma kombinasi & kulit kusam

8. Tanda-Tanda Anda Perlu Berhenti Guna Krim Tanpa Preskripsi

  • Kemerahan atau pedih berpanjangan selepas sapuan
  • Kulit menjadi terlalu nipis atau mengelupas keterlaluan
  • Tompokan gelap semakin memburuk atau bertambah luas
  • Kulit berubah warna menjadi kelabu, biru atau kehitaman
  • Simptom kesihatan seperti kebas, tekanan darah tinggi, masalah buah pinggang

🔗 Pautan Berkaitan:

Soalan Lazim: Krim Pencerah & Rawatan Jeragat

Adakah krim pencerah yang mengandungi merkuri berbahaya?
Ya. Merkuri boleh menyebabkan keracunan, kerosakan buah pinggang, masalah sistem saraf dan pigmentasi kekal, dan ia dilarang dalam produk kosmetik di Malaysia. Jika anda mengesyaki produk anda mengandungi merkuri, hentikan penggunaan dan dapatkan nasihat pakar kulit dengan segera.
Bolehkah hydroquinone digunakan untuk merawat jeragat?
Boleh, tetapi hanya di bawah preskripsi doktor pada kepekatan selamat (biasanya 2% hingga 4%) dan untuk tempoh terhad. Penggunaan dos tinggi tanpa pengawasan boleh menyebabkan ochronosis dan kerosakan kulit yang kekal.
Apakah tanda kulit saya telah rosak akibat krim pencerah?
Antara tandanya ialah kemerahan atau pedih berpanjangan, kulit menipis atau mengelupas, tompokan gelap yang semakin teruk, serta perubahan warna kulit menjadi kelabu atau kebiruan. Dapatkan pemeriksaan pakar kulit dengan segera jika anda mengalami simptom ini.
Adakah jeragat boleh dirawat dengan selamat?
Ya. Jeragat boleh dikawal dengan kombinasi krim preskripsi, pelindung matahari, chemical peel, tranexamic acid dan laser seperti Pico Laser, mengikut jenis dan keterukannya. Rawatan perlu dipantau oleh pakar kulit untuk mengelakkan kesan sampingan. Ketahui lebih lanjut tentang rawatan jeragat.
Mengapa saya perlu berjumpa pakar kulit berbanding salun kecantikan?
Pakar kulit dapat membuat diagnosis tepat menggunakan alatan seperti Wood’s lamp, memilih rawatan yang sesuai dengan jenis kulit anda, dan memantau kesan sampingan. Salun tanpa lesen tidak berkelayakan untuk merawat masalah pigmentasi. Berjumpa pakar kulit kami.
Bagaimana saya boleh menyemak sama ada produk kosmetik diluluskan?
Anda boleh menyemak status notifikasi produk melalui pangkalan data rasmi NPRA (Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Kebangsaan) sebelum membeli. Elakkan produk tanpa nombor notifikasi yang sah.

Bacaan berkaitan: Rawatan Jeragat: Punca dan Cara Hilangkan · Pico Laser untuk Pigmentasi

Dr Loh Ken Chen

Dr Loh Ken Chen

M.B.B.S. (Malaya), MRCP (UK), Advanced Master of Dermatology (UKM)

National Specialist Register (NSR) No. 133112

Dr Loh Ken Chen is a Consultant Dermatologist with extensive experience in medical and aesthetic dermatology. He previously served as Head of the Department of Dermatology at Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, and has particular clinical interests in psoriasis, eczema, acne, pigmentation and complex skin conditions. His approach focuses on accurate diagnosis and personalised, evidence-based treatment based on each patient’s skin condition and individual needs. He is currently practising as a visiting Consultant Dermatologist at Kedah Medical Centre and Hospital Pantai Sungai Petani. He is also a co-founder of Loh & Celine Skin Specialist Clinic and Liv Skin Specialist Clinic.

Medical disclaimer: This article is intended for general educational purposes only and does not constitute medical advice, diagnosis or treatment. It is not a substitute for a professional consultation. Individual results and treatment suitability vary. Please consult a qualified dermatologist or your doctor regarding your specific condition before starting, changing or stopping any treatment.