Rawatan Psoriasis Paling Berkesan: Mengapa Biologik Adalah Pilihan Terbaik?

Adakah anda sedang bergelut dengan tompok merah yang tebal, bersisik, dan gatal yang tidak kunjung sembuh?

Psoriasis bukan sekadar masalah kulit biasa; ia adalah penyakit autoimun kronik yang boleh menjejaskan kualiti hidup, keyakinan diri, malah kesihatan sendi anda.

Di Loh & Celine Skin Specialist Clinic (Alor Setar, Kedah), kami memahami kekecewaan pesakit yang telah mencuba pelbagai krim dan ubat tradisional namun masih mengalami flare-up. Kini, sains perubatan menawarkan sinar harapan baru melalui rawatan Biologik (Biologics).

DALAM ARTIKEL INI
  1. Apa Itu Rawatan Biologik?
  2. Jenis-Jenis Biologik Moden
  3. 5 Sebab Biologik “Gold Standard”
  4. Sebelum Mula Biologic
  5. Bila Patut Pertimbang Biologic?
  6. Boleh Sembuh Sepenuhnya?
  7. Soalan Lazim
Thick red scaly plaque psoriasis on the neck and arm – candidate for biologic treatment in Alor Setar, Kedah
Tompok psoriasis yang merah, tebal dan bersisik. Klik gambar untuk paparan penuh »

1. Apa Itu Rawatan Biologik untuk Psoriasis?

Berbeza dengan krim sapuan yang hanya merawat permukaan kulit, Biologik adalah rawatan revolusioner yang disasarkan secara khusus.

Ubat ini dihasilkan daripada protein hidup dan berfungsi dengan menyekat protein tertentu dalam sistem imun yang menjadi punca utama keradangan psoriasis.

2. Jenis-Jenis Biologik Moden di Klinik Kami

Di Loh & Celine Skin Specialist, kami menawarkan teknologi perubatan terkini termasuk:

Ixekizumab

Anti-IL-17A

Sangat berkesan untuk mencapai kulit bersih dengan pantas. Ia mensasarkan protein IL-17A yang bertanggungjawab terhadap keradangan kulit yang tebal dan bersisik.

Tildrakizumab

Anti-IL-23

Rawatan yang lebih spesifik dengan menyasarkan protein IL-23. Kelebihannya adalah jadual suntikan yang lebih jarang (biasanya setiap 12 minggu), menjadikannya sangat mudah bagi pesakit yang sibuk.

Risankizumab

Anti-IL-23

Biologik generasi baru yang menyasarkan protein IL-23 secara khusus. Kajian klinikal menunjukkan kadar kulit bersih yang tinggi, dengan suntikan penyelenggaraan hanya setiap 12 minggu selepas dos permulaan.

📖 Kes pesakit sebenar: baca pengalaman seorang pesakit psoriasis teruk yang menerima rawatan biologik untuk psoriasis di Kedah (artikel dalam Bahasa Inggeris).

📘 Garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia turut membincangkan penggunaan biologic dalam rawatan psoriasis.

3. 5 Sebab Mengapa Biologik Adalah Rawatan “Gold Standard”

Keberkesanan Luar Biasa (Skin Clearance)

Banyak kajian klinikal menunjukkan biologik seperti Ixekizumab dan Tildrakizumab mampu memberikan tahap pembersihan kulit yang hampir sempurna (PASI 90 atau PASI 100) dalam tempoh yang singkat.

Sasaran Tepat (Targeted Therapy)

Oleh kerana ia hanya menyasarkan sel penyebab radang, biologik tidak mengganggu sistem imun secara menyeluruh seperti ubat sistemik lama. Ini menjadikan profil keselamatannya lebih baik untuk jangka masa panjang.

Jadual Rawatan yang Mudah

Lupakan rutin menyapu krim setiap hari. Dengan pilihan seperti Tildrakizumab, anda mungkin hanya memerlukan satu suntikan setiap 3 bulan sekali untuk mengekalkan kulit yang bersih.

Melindungi Sendi (Psoriatic Arthritis)

Sekitar 30% pesakit psoriasis berisiko mendapat sakit sendi. Rawatan seperti Ixekizumab dan Risankizumab bukan sahaja membersihkan kulit, malah terbukti secara klinikal dapat membantu mengawal keradangan sendi.

Meningkatkan Kualiti Hidup

Apabila kulit bersih, keyakinan diri akan meningkat. Anda tidak perlu lagi malu memakai pakaian kegemaran anda atau merasa rendah diri di tempat awam.

4. Apa yang Biasanya Dibuat Sebelum Mula Biologic?

Sebelum memulakan biologic, doktor biasanya akan buat penilaian keselamatan (contoh: risiko jangkitan tertentu seperti Hepatitis B, C dan Tuberculosis) dan menetapkan pelan pemantauan susulan mengikut keperluan individu.

5. Bila Patut Pertimbang Biologic?

Biologic biasanya dipertimbangkan jika:

  • psoriasis sederhana–teruk atau meluas,
  • kerap flare walaupun sudah guna rawatan biasa,
  • melibatkan kawasan yang memberi impak besar (contoh scalp/hand/face),
  • kualiti hidup terjejas (gatal, sakit, tidur terganggu, stres meningkat).

6. Adakah Biologic Boleh Merawat Psoriasis Sepenuhnya?

Secara ringkas: biologic boleh kawal psoriasis dengan sangat baik, tetapi biasanya tidak “sembuh sepenuhnya” (cure) secara kekal.

Psoriasis ialah penyakit kronik sistem imun. Biologic bertindak seperti “mematikan suis radang” yang menyebabkan psoriasis, jadi ramai pesakit boleh clear atau hampir clear semasa rawatan. Tetapi bila biologic dihentikan, bagi kebanyakan orang psoriasis boleh datang semula selepas beberapa minggu hingga beberapa bulan (bergantung individu dan jenis biologic).

Yang realistik untuk target rawatan:

  • Remisi / terkawal lama (flare sangat kurang atau tiada)
  • Kulit bersih atau hampir bersih
  • Kualiti hidup jauh lebih baik
  • Jika ada sakit sendi (psoriatic arthritis), simptom sendi juga boleh bertambah baik (ikut jenis ubat)

Ada sebilangan kecil orang mungkin kekal baik lama walaupun stop, tapi itu bukan jaminan dan tidak boleh dijangka awal.

Sesuaikah Biologic untuk Psoriasis Anda?

Jika anda berada di Alor Setar, Kedah dan ingin tahu sama ada biologic sesuai untuk psoriasis anda, dapatkan penilaian pakar dermatologi di Loh & Celine Skin Specialist Clinic.

Buat Temujanji WhatsApp 016-291 5711

7. Soalan Lazim (FAQ)

Apakah rawatan biologik untuk psoriasis?

Biologik ialah ubat suntikan yang dihasilkan daripada protein hidup. Ia menyekat protein keradangan tertentu dalam sistem imun (seperti IL-17A atau IL-23) yang menjadi punca utama psoriasis, berbeza dengan krim yang hanya merawat permukaan kulit.

Bagaimana biologik diberikan?

Kebanyakan biologik untuk psoriasis diberi melalui suntikan di bawah kulit (subkutan). Kekerapan suntikan bergantung kepada jenis ubat — contohnya Tildrakizumab biasanya hanya setiap 12 minggu selepas dos permulaan. Doktor akan menerangkan jadual yang sesuai untuk anda. Lihat juga senarai suntikan biologik & jadual dos.

Berapa lama baru nampak hasil?

Ramai pesakit mula nampak perubahan dalam beberapa minggu pertama. Keberkesanan penuh biasanya dinilai sekitar minggu ke-12 hingga ke-16, bergantung kepada jenis biologik dan keadaan individu.

Adakah biologik selamat? Apakah kesan sampingannya?

Biologik moden mempunyai profil keselamatan yang baik kerana ia menyasarkan bahagian sistem imun yang khusus. Kesan sampingan yang lebih biasa termasuk kemerahan di tempat suntikan dan jangkitan ringan seperti selsema. Sebab itu saringan Hepatitis B, C dan Tuberculosis dibuat sebelum rawatan, dan pemantauan susulan dijalankan sepanjang rawatan.

Siapa yang sesuai menerima rawatan biologik?

Biasanya pesakit psoriasis sederhana hingga teruk, yang kerap flare walaupun sudah mencuba rawatan biasa, yang terlibat di kawasan sensitif seperti kulit kepala, tangan atau muka, atau yang kualiti hidupnya terjejas. Keputusan akhir dibuat selepas penilaian oleh pakar dermatologi.

Adakah psoriasis akan kembali jika biologik dihentikan?

Bagi kebanyakan pesakit, ya — psoriasis boleh datang semula selepas beberapa minggu hingga beberapa bulan selepas biologik dihentikan. Biologik mengawal penyakit dengan sangat baik, tetapi bukan penawar kekal. Bincang dengan doktor anda sebelum menghentikan atau menjarakkan rawatan. Baca lanjut: Bolehkah psoriasis disembuhkan?

Di mana boleh mendapatkan rawatan biologik psoriasis di Alor Setar, Kedah?

Loh & Celine Skin Specialist Clinic, 18, Tingkat Bawah, Kompleks Perniagaan Gangsa, Jalan Gangsa, 05150 Alor Setar, Kedah. Telefon 04-731 5711 atau WhatsApp 016-291 5711. Penilaian dibuat oleh Pakar Dermatologi, Dr Loh Ken Chen. Hubungi klinik.

Bacaan Berkaitan tentang Psoriasis

Dr Loh Ken Chen, Consultant Dermatologist in Alor Setar, Kedah
Tentang Penulis
Pakar Dermatologi (Consultant Dermatologist) · NSR No. 133112

M.B.B.S. (Malaya), MRCP (UK), Advanced Master of Dermatology (UKM). Bekas Ketua Jabatan Dermatologi, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Kini berpraktis di Loh & Celine Skin Specialist Clinic, Alor Setar, serta Kedah Medical Centre, Hospital Pantai Sungai Petani dan Liv Skin Specialist Clinic.

Artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan dan bukan pengganti nasihat perubatan peribadi. Sila dapatkan penilaian pakar untuk keadaan kulit anda.